.:: ** Welcome To My Club , Gerbang Underground Malaya ** ::.

Monday, April 18, 2011

Karl Cromok - ""Shred It Back ""


Karl, sudah pasti anda mengenali nama ini yang telah berkecimpung dalam muzik metal bersama band CROMOK , sudah 15 tahun Cromok tidak merakamkan album baru. Anggota-anggota kumpulan thrash metal yang ditubuhkan di Sydney, Australia pada 1987 ini juga ramai yang menyepi begitu sahaja.

Namun, berlainan dengan gitaris Cromok, Karl yang meskipun sibuk dengan tugasan sehariannya sebagai Pengarah Pengiklanan di sebuah syarikat swasta, tetapi muzik sukar dilupakan.

Berbekalkan minat mendalam terhadap muzik, walaupun tanpa tiga anggota Cromok lain, gitaris berusia 45 tahun itu tampil menerusi album solo petikan gitarnya yang pertama berjudul Shred It Back, baru-baru ini.Beliau yang kuat dengan pengaruh gotaris rocks seperti Yngwie Malmsteen, Rhandy Rhodes dan Joe Satriani mengambil masa yang agak lama bagi menerbitkan Shred It Back biarpun tanpa anggota-anggota Cromok yang lain.



Ujar Karl segala-galanya bermula pada konsert Search di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang ditontonnya dua tahun lalu.

"Saya hadir menonton konsert itu. Seorang rakan baik Amy Search iaitu Ridwan memberi pendapat mengapa saya tidak berkerjasama dengan Amy. Selepas dua tahun barulah idea itu direalisasikan. Lagu Petanda itu asalnya dimuatkan dalam album single saya pada September 2010," ujar Karl.






Album terbitan Karl atau pemegang nama sebenar Khairul Anuar Shariff itu bukan setakat dijual di pasaran terbuka tetapi ia juga mendapat sambutan menggalakkan menerusi laman sosial Facebooknya di internet.

Shred It Back yang diedarkan sejak Februari lalu itu mula dijual di laman sosial Facebook Karl yang kini mempunyai pengikut sekitar 5,000 orang. Selain album Shred It Back turut disertakan ialah DVD rakaman persembahannya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Pakej album dan DVD rakaman persembahan itu dijual dengan harga RM55. DVD yang mempunyai lapan lagu itu dirakamkan secara live julung-julung kalinya pada persembahan bapa kepada dua anak ini.

Biarpun berteraskan muzik rock dengan petikan gitar dan solo yang adakalanya membingitkan tetapi kebanyakan lagu dalam album ini menampilkan melodi yang kuat.
Dengan adanya hampir 5,000 peminat di Facebook Karl berharap Shred It Back bukan sahaja mendapat sambutan daripada mereka. Malah, album yang juga akan diedarkan menerusi Rock Corner itu juga diharap menembusi pasaran arus perdana.Sambil menyifatkan album ini mempunyai kekuatan lagu-lagu dan melodinya yang tersendiri terutama lagu berkonsepkan slow rock, Petanda nyanyian Amy Search ia mampu menyerlahkan kredibiliti Karl sebagai salah seorang antara gitaris tempatan yang memang disegani ramai.

Lagu-lagu seperti Shred It Back, Magnificent dan Expression In K Minor mampu mengubat rindu para peminat Karl daripada album itu.
Karl itu turut menampilkan empat lagi lagu instrumental dalam versi extended solo guitar bagi memberi peluang para peminat memetik gitar mengikut alunan lagu-lagu tersebut.

"Banyak variasi yang dimuatkan dalam album ini. Bonus track sebanyak empat lagu itu bolehlah dianggap seperti karaoke gitar," katanya.

Ditanya mengapa dia menggunakan nama Cromok, Karl berkata, perkara itu sukar dielakkan kerana para peminat mengenalinya sebagai gitaris kumpulan itu.Malah, katanya pendekatan itu suatu perkara biasa kerana ia biasa digunakan oleh gitaris atau anggota-anggota kumpulan lain sama ada di Malaysia atau luar negara.

"Gabungan nama saya dan Cromok lebih sinonim bagi memudahkan para peminat mengenali saya. Ramai gitaris seperti Sham menggabungkan namanya dengan Kamikaze kerana dia bekas anggota kumpulan itu. Begitu juga dengan Shah Slam," jelasnya.Kombinasi lagu, instrumental dan karaoke gitar dalam album itu diterbitkan khusus untuk para peminat yang menggemari petikan gitar.

Karl menggunakan khidmat anggota-anggota kumpulan Nrocinu seperti Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) bagi menyempurnakan pembikinan albumnya itu.

Pada masa sama beliau salah seorang pemuzik yang ditaja oleh jenama gitar Haseesa dan TN Drums dari Korea yang turut dijual di negara ini.
Jika anda ingin mendapatkan album Shred It Back bolehlah melayari website Karl menerusi www.karlcromok.com

Wednesday, December 29, 2010

*CromoK*

Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).

Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu.

Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.

Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada tahun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).

Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.


Kewujudan D'Cromok

Apabila Din menamatkan pengajian, atas sebab-sebab peribadi dia telah menubuhkan kumpulannya sendiri dan tidak menyertai Cromok. Kumpulannya bernama D'Cromok. Huruf 'D' pada pangkal perkataan 'D' sebenarnya bermaksud Din, ataupun din telah merakamkan album bertajuk VII Years VII Days bersama Valentine Records pada tahun 1995. Dalam Album itu, dia berganding dengan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.

Din bertugas sebagai jurutera di Petronas Kemaman, Terengganu kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria. Maka berakhirlah riwayat Din dan D'CROMOK.



Album CromoK

* Cromok - Image Of Purity & Image Of Purity + Live

* Cromok - Image Of Purity & Live


* Cromok - Forever In Time


* Cromok - Yours Truly


* Cromok - Mean, Meaner & Meanest


* Cromok - Image Of Purity (Remastered)


* Cromok - What's Left


* Cromok - Deafening Silence



* Cromok - Engraved In Eternity


* Cromok - Untitled


* Cromok - Untitled + RAW


* Cromok - The Great A Metal Manifest


* Cromok -Cromok VS FTG


* Cromok - A Tribute To Hail To The King



Anggota Terakhir

* Shamsudin Ali (Sam) - Bass, Vokal
* Tarmizi Mokhtar Miji - Dram
* Hillary - Gitar

Bekas Anggota

* Khairul Anuar Shariff (Karl) - guitar
* Khairudin Muhammad (Din) - (R.I.P. 1997) - guitar, vocal (D'Cromok)
* Che Dean (Denan)
* Muhammad Fadhil (Mat Puck) - guitar

MetalasiA

Kumpulan Metalasia merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.


Kumpulan Metalasia ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah naungan Tri Castle Entertainment atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80-an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif. Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.

Kumpulan Metalasia ini juga boleh dikatakan deipengaruhi aliran muzik Italian Symphonics Power Metal yg telah diperkenalkan oleh kumpulan yang berasal dr eropah iaitu Rhapsody of Fire.

Cara pembawaan lagu boleh dikatakan seakan kumpulan Cacophony (Perpetual Burn) yang diterajui oleh gitaris lagenda Marty Friedman dan Jason Becker. Walau apa pun, kumpulan Metalasia dan juga petikan gitar King Shah & Ridz dapat memang mengasyikkan dan berjaya membawakan lagu-lagu mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan heavy metal dari barat.


Album
• Khalifah Alam Maya (1999)


• Silantra... Bermulanya Sebuah Epik (2002)


Anugerah

Anugerah Industri Muzik 2003
Album Hard Rock Terbaik - Artis/Produser: Silantara…Bermulanya Sebuah Epik - Metalasia dan King Shah



Maklumat Tambahan
Genre: Musik Metal Progresif, Power Metal

Tema lirik: Epik Malaysia
Tahun ditubuhkan: 1997
Naungan: Tri Castle Entertainment
Status: Aktif

Nota:
1. Kumpulan muzik yang pernah membuat jelajah ke Jepun dan Korea
2. Pernah membuat rakaman bersama Ning Baizura
3. Penyanyi asal CD Naz(album Khalifah Alam Maya) merupakan bekas gitarist
utama kumpulan Sil Khannaz


Anggota Terkini
• CD Naz - Vokal
• Wan Brakar - Bass
• King Shah - Gitar
• Ritz - Gitar
• Sam Maya - Dram

Bekas Anggota
• Muix - Vokal
• Zen - Bass

Sil Khannaz *1989 - 2010

Kumpulan Sil Khannaz merupakan sebuah kumpulan metal berat yang diterajui oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dalam arena arus bawah tanah Malaysia. Bermula di negeri Perlis sekitar lewat 80-an dan masih bergiat aktif sehingga sekarang meskipun berlaku pertukaran ahli.

1989 - 1990

Pada tahun 1989, setelah menyelesaikan nya STPM, Jaie pindah ke KL. Namun, ia masih terus berkaitan dengan saudara yang lain di Sil Khannaz. Setiap kali dia mempunyai peluang, ia akan kembali semula ke Perlis dan bergaul dengan ahli band untuk mengejar kepentingan mereka abadi di dalam logam. Tidak lama sesudah itu dan setelah menyelesaikan sekolah mereka, CD Naz & Din juga berhijrah ke KL untuk menyertai Jaie. Namun, Che Mat, tidak dapat bergabung dengan mereka dan harus meninggalkan band kerana fakta bahawa beliau melanjutkan pendidikan musiknya lebih lanjut. Beberapa audisi selanjutnya diadakan dalam rangka untuk mencari pengganti Che Mat's. Beberapa drumer dianggap seperti Kamal dan Dee Katak. Akhirnya, ganti yang berpadanan dijumpai - Lee Space (Tormentor) merupakan pilihan band untuk mengisi lowongan tersebut. Bersama dengan Lee Space, band ini mampu meneruskan perjuangan dan telah membuat beberapa lagu walaupun mereka tahu bahawa pada akhirnya mereka mungkin perlu melepaskan Lee Space kerana ia sekaligus terlibat dan sibuk dengan XPDC (a Hard Rock band komersil), yang di tengah-tengah rakaman album pertama.

Dengan bantuan dari Lee Space, demo pertama Sil Khannaz's "Doctrine To Hell" dirakam dan ditayangkan pada tahun 1990. Demo neraka tercatat sebanyak nakal Studio, berlokasi di Medan MARA, KL. Meski hanya mencatat menggunakan mesin 4-lagu rakaman, demo ini menandakan awal pembukaan Sil Khannaz's syaitan dan neraka - penyebaran sayapnya kematian ke empat sudut bumi ini terkutuk.




1991 - 1993

Pada bulan Julai 1992, band ini merakam dan merilis demo 2 mereka, "Assassin Led By Blasphemy". Mereka telah menunjukkan banyak perbaikan dibandingkan dengan usaha pertama mereka. Lebih dari 2000 naskhah telah terjual di seluruh dunia. Kejayaan demo ini telah menarik minat daripada Osmose Productions (Perancis) & Vinyl Solutions (Inggeris).Malangnya, kerana kendala kewangan Sil Khannaz, mereka tidak jadi kesempatan emas ini menjadi masuk ke label-label antarabangsa.
Semua itu tidak hilang, Sil Khannaz akhirnya bisa menandatangani kontrak dengan label tempatan, Valentine Sound Productions (VSP). Langkah ini terbukti menjadi sebuah pendekatan yang lebih praktikal & realistik yang menyaksikan fajar baru di awal pusat muzik Sil Khannaz.

1st album: Conception of Madness

Rakaman album debut Sil Khannaz mula pada Disember 92 di King Studio, PJ. Proses rakaman ini adalah pengalaman yang sama sekali baru & bererti bagi mereka kerana mereka kini mempunyai kesempatan untuk bekerja di sebuah studio rakaman nyata profesional, yang bertentangan dengan unit 4-pelacak yang mereka menggunakan untuk demo mereka sebelum ini. Pada bulan Februari 1993 menyaksikan kelahiran banyak ditunggu debut album Sil Khannaz's, 'Conception of Madness', dan itu dikeluarkan dalam format kaset & CD.

'Conception of Madness' juga menetapkan sejarah di dunia musik metal tempatan seperti yang album metal tempatan pertama ekstrim itu yang terdapat dalam format CD edisi terhad. 1500 naskhah edisi terhad dibebaskan & mereka terjual habis dalam waktu 2 bulan selepas dibebaskan. Album ini diedarkan di seluruh dunia melalui Sambungan bawah tanah antarabangsa, antara lain, mereka Osmose Productions (Perancis), Vinyl Solution & Copro (Inggeris), Avantgarde Music (Itali), dan Nazgul Eyrie Production (Jerman). 'Conception of Madness' terjual lebih dari 25.000 unit.
Untuk album ini, band line-up ini CD Naz (Guitar), Jaie (Vokal), Lan "Bye" (Drums) dan dua ahli baru, iaitu Tom Decibel (ex-Suffercation) dan Joe Slaughter (ex-Infernal Death). Kerjasama antara ahli baru dengan garis tua-up telah meninggalkan kesan yang besar di scene metal tempatan untuk sejauh bahawa banyak metalheads tempatan berpendapat bahawa ini adalah album terbaik yang pernah band dan line-up.

Line Up
• Jaie Jokkhannaz - Vokal
• Dark E - Gitar
• Roy - Gitar
• Hashim Pestilence - Bass
• Adjhezz - Drum

Bekas Ahli
• Che' Mat - dram
• Adi Katak
• Din Pendita Gila - bass
• Joe Slaughter - gitar
• Tom Decibel - bass
• CD Naz - gitar
• Lan "Bye" - dram


Diskografi

Demo
• Doctrine To Hell, demo (1990)
• Assassin Led By Blasphemy, demo (1992)

Album Studio
• Conception of Madness (1993)

• Gerbang Kayangan (1997)

• Bara Pawaka (2000)

• Darah Muda (2003)

• Berdiri Antara Panji-Panji (2006)

Singles dan EP
• Pendita Gila (1995)

DVD dan video
• Rockumentari (2004)
• Official Bootleg DVD (2008)

Album Kompilasi
• Purnama 13 (1993)


• Best of Sil Khannaz (2004)

Album Live
• Stronger Than Before (1997)
• 20th Anniversary Live at Planet Hollywood (2007)


Tuesday, December 28, 2010

MANTAK

Walaupun band ni terdiri daripada budak2 KK namun ianya ditubuhkan di Labuan pada tahun 1995 dengan menggunakan nama WAFFAT sebelum menukarnya kepada MANTAK pada tahun 1996 kerana ‘perlanggaran’ nama dengan sebuah band yang berasal dari Utara Malaysia Perlis.

Demo pertama diedarkan pada tahun 1998 yang bertajuk THE BORNEO CHAOSMAKERS yang mengandungi 4 buah lagu.Setahun selepas itu(1999) MANTAK sekali lagi memasuki studio untuk merakamkan demo kedua mereka yang bertajuk SAKHTYANIC DOCTRINE yang diedarkan pada tahun yang sama.
Pada pertengahan 1999 Naz(Front man)telah kembali ke tempat asalnya iaitu di Kota Kinabalu Sabah dan diikuti oleh Lee dan Boy.MANTAK meneruskan pergerakkan mereka dengan berheadquaterskan di KK selepas itu.

Pada tahun 2000 kaset EP pertama mereka yang berjudul DARK BORNEO ART telah diedarkan oleh sebuah label dari selatan tanah air iaitu Muzik Box Productions.DARK BORNEO ART juga akan direleasekan semula oleh Evil Dead Productions dalam bentuk CD pada tahun hadapan.
Pada tahun 2001 mereka menandatangani kontrak album bersama Nebiula Productions dan mengeluarkan album pertama mereka EYE OF DEVIANT di bawah Nebiula productions pada tahun 2002.


Setelah giat menghancurkan beberapa stage MANTAK kembali ke studio untuk merakamkan album kedua mereka yang berjudul POLYMORPHOUS PERVERSION di Nebiula Sound Studio(Kuala Lumpur)pada tahun 2003 dan dikeluarkan pada tahun yang sama juga!POLYMORPHOUS PERVERSION juga di re-releasekan dalam bentuk CD oleh sebuah label yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Old Cemetery Records.
Pada tahun berikutnya iaitu 2004 Mereka kembali ke Nebiula sound Studio untuk merakamkan 4 buah lagu.Yang menampilkan rakaman semula lagu lama mereka sebuah lagu baru dan satu cover song.

Lagu2 itu kemudiannya diriliskan pada tahun 2005 dalam bentuk 7”Vynil oleh sebuah label dari Peranchis iaitu Legion of Death Recs.Dengan ini juga MANTAK menjadi band extreme Metal pertama dari Malaysia yang mengeluarkan material dalam bentuk piring hitam.

Mereka mengeluarkan beberapa split release dengan beberapa label antarabangsa sebelum sebelum dilamar oleh sebuah label Extreme Metal yang terkenal dari France iaitu Drakkar productions pada tahun 2006.
Mereka kemudiannya merakamkan album ketiga mereka pada akhir 2006 di RAM studio(Kota Kinabalu).Album yang berjudul SABAHELL’S BLASPHEMER itu mula diedarkan kepada pasaran Ekstrim Metal antarabangsa pada tahun 2007!

Selepas itu Mereka juga aktif mengeluarkan split2 bersama beberapa band ekstrim metal yang dianggap sebagai allies.
Awal tahun 2009 mereka sempat mengeluarkan sebuah MCD yang berjudul 666 dengan sebuah label tempatan iaitu EvilDead Productions.MCD ini mengandungi 4 buah lagu baru termusuk 2 buah cover song daripada Tankard dan Black Sabbath.666 juga bakal dikeluarkan dalam bentuk 7” vynil EP oleh Gempita/Morbid Invasion Records akhir tahun ini(2009).

Tidak lama selepas itu MANTAK meninggalkan Drakkar Productions untuk bekerja sama dengan Old Cemetery records untuk album keempat mereka!Sejurus selepas itu MANTAK mula bekerja di studio untuk merakamkan lagu2 baru mereka untuk dimuatkan kedalam album keempat mereka.

Rakaman itu telahpun selesai dan mengandungi 12 buah lagu baru!Album keempat mereka kali ini bertajuk DIABOLICAL PSYCHOLUST!DIABOLICAL PSYCHOLUST bakal dikeluarkan pada November 2009.Selain OCR sebuah label dari France iaitu Chalice of Blood Angel productions juga akan mengeluarkannya didalam bentuk 12” vynil LP dalam kuantiti yang terhad(333 copies!)!Begitu juga dengan Evil Dead Productions yang akan mengeluarkannya dalam bentuk kaset juga didalam kuantiti yang terhad iaitu 111 keping!


Untuk info yang lebih lanjut tentang MANTAK sila layari laman web mereka di www.mantakhz.com ataupun di laman myspace mereka di myspace.com/mantakhz.

MANTAK
Naz – Guitar/Vox
Kevin Helvete – Bass
Shaun Yazeed – Drums

DISCOGRAPHY

FULL LENGTH
EYE OF DEVIANT (2002) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION (2003) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION Re-Release(2007) – Old Cemetery Records
SABAHELL’S BLASPHEMER (2007)- Drakkar Productions
DIABOLICAL PSYCHOLUST (2009) – Old Cemetery Records,Chalice Of Blood Angel Prods(Limited 12” LP version) & Evil Dead Productions (Limited Cassette Tape version)

EP & SINGLES
DARK BORNEO ART Cass EP( 2000 ) – Muzik Box Productions
THY SEXXXMAGEDDON Single (2005) – Self Released
EASTERN SEXXXRIGALUST 7”EP ( 2005 ) – Legion Of Death Records
666 MCD ( 2009 ) – Evil Dead Productions

SPLIT
BACK TO ATTACK Split tape with MORTUARY ANCESTOR ( 1999) – Dark Zone Unity Prods
RAPING GODS LAW Split 7” EP with AMPUTATOR (2006) – Old Cemetery Records
NEKROSIMON – THE ART OV BLASPHEMIES Split with ENSHADOWED ( 2007) – Deathrash Armageddon Records
BAPTIZED BY BEERS Split 7”EP with BARBATOS ( 2008 ) – Necromancer Records
THE EASTERN DESEKRATORZ Split CD with ABIGAIL ( 2008 ) – Old Cemetery Records

DEMO TAPE
THE BORNEO CHAOSMAKERS (Demo) 1998 – Self Released
SAKHTYANIC DOCTRINE ( Demo ) 1999 – Self Released

HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

INFO
www.mantakhz.com
www.myspace.com/mantakhz

Metallica *1982 - 2010*

Metallica!!!!! satu nama yg cukup gah di persada muzik rock antarabangsa dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Meraka telah mengecap zaman kegemilangan yang tiada bandingannya dan jika disorot kembali sejarah asal mereka, tiada siapa pun menyangka METALLICA..... akan berada di tempatnya sekarang


Didirikan pertama kali di Los Angeles - Amerika Serikat dengan nama The Young of Metal Attack. Beberapa bulan kemudian grup ini berganti nama dengan Metallica yang konon merupakan gabungan kata Metal dan Vodca. Nama Metallica sendiri sebenarnya adalah nama yang diusulkan untuk sebuah majalah musik yang dicuri oleh Lars Ulrich sebelum majalah tersebut mendapat nama tersebut.

Formasi pertama Metallica adalah Lars Ulrich (drum), James Hetfield (vokal dan gitar), Lloyd Grant (gitar) dan Ron Mc Govney (bass). Formasi inilah yang kemudian melahirkan lagu pertama berjudul Hit The Light, yang kemudian masuk album kompilasi rock Metal Massacre tahun 1981.
Setelah Metal Massacre beredar, Grant dan Ron mengundurkan diri. Posisi Grant digantikan oleh Dave Mustaine dan posisi Ron digantikan Cliff Burton. Formasi ini kemudian pada Juli 1982 mengeluarkan demo-album No Life Till Leather. Demo inilah yang kemudian mengantarkan Metallica mendapatkan agen dan kemudian hijrah ke New York.

Pada 1983, Metallica berencana akan melakukan tur pendek kebeberapa kota. Sayang Hetfield dan Mustaine malah terlibat perseteruan, hingga akhirnya Mustaine keluar dan kemudian mendirikan Megadeth. Posisi Mustaine digantikan oleh Kirk Hammett , gitaris dari grup Exodus. Formasi ketiga inilah yang kemudian mengeluarkan album Kill 'Em All pada bulan Mei 1983.

Pada tahun 1984, Metallica semakin besar dengan menerbitkan album Ride the Lightning. Album ini bertahan 50 minggu dalam Billboard Top 200. Demi memperlancar promosi mereka juga mengeluarkan mini album Jump In The Fire. September 1985, Metallica memproduksi album Master Of Puppets. Kembali Metallica masuk Billboard Top 40 selama 72 minggu. Album ini merupakan album yang meraih platinum tanpa single dan video.

Tanggal 27 September 1986, dalam perjalanan tur ke Skandinavia - bus yang mereka tumpangi mengalami kecelakaan dan Cliff Burton (bass) meninggal dunia. Peristiwa ini begitu memukul seluruh anggota band. Bahkan Dave Mustaine yang telah mendirikan Megadeth, mengenang kematian Cliff dalam lagu In My Darkest Hour (album Megadeth: So far.. So Good.. So What!). Oktober 1986, posisi Cliff Burton digantikan oleh Jason Newsted, basis dari grup Floatsam And Jetsam.
Album ...And Justice For All beredar September 1988. Disinilah Metallica mulai mengeluarkan video klip. Video pertama mereka adalah untuk lagu One, video ini mencapai nomor 1 di MTV. Keberhasilan ini kemudian mendorong produksi video klip Cliff 'Em All sebuah video kenangan untuk Cliff Burton.

Akhir 1990 album Metallica direkam. Album ini membuat Metallica mencapai penjualan quadruple platinum dan menjadi album nomor satu di delapan negara Amerika dan Eropa. Serta meraih penghargaan Grammy Award, kategori Penampil Metal Terbaik dua tahun berturut-turut.
Basis jason Newsted mengundurkan diri dari band setelah bersitegang dengan James Hetfield. Perseteruan ini disebabkan Jason Newsted lebih menghabiskan waktu dengan proyek-nya sendiri. Anggota band yang lain menganggap Metallica harus diutamakan, meskipun pada saat itu Metallica sedang vakum.

Grup ini pada saat ini beranggotakan Lars Ulrich (drums), James Hetfield (vokal dan gitar), Kirk Hammett (gitar) dan Robert Trujillo (bass). Mantan anggota lainnya termasuk Ron McGovney (bass), Dave Mustaine (gitar), Cliff Burton (bass) dan Jason Newsted (bass).
Pada tanggal 10 Agustus 2008 Metallica akhirnya telah menyelesaikan proses rekaman album studio baru mereka yang ke sembilan "Death Magnetic" yang akan diluncurkan pada tanggal 12 September 2008 di seluruh dunia.

Album tersebut diproduseri oleh "Rick Rubin" dan proses rekaman dilakukan di Sound City Studios, Shangri La Studios dan di studio Metallica sendiri. Single dan video klip pertama mereka "The Day That Never Comes" akan dirilis akhir bulan ini. Sebagai tambahan anda dapat mengunduh semua lagu dari album tersebut untuk digunakan dalam game "Guitar Hero III" pada hari saat peluncuran album "Death Magnetic" tersebut.

Karl *Cromok*


Anda pasti kenal sahabat seperjuangan kita ni kan..................nama yg tidak asing bagi muzik underground tanah air CROMOKKKKKKK

            Karl yang kini sedang dalam proses merakam album solo, Karl juga dikenali sebagai Chot kini mempunyai lebih 10 buah lagu dan bercadang akan menghasillkan sebuah album mini ataupun album penuh bergantung kepada keadaan dan kemampuannya.

            Karl juga pernah terlibat 3 album awal Cromok dan berundur selepas pertengahan *90 an. Seorang lagi bekas gitaris Cromok, Arwah Din juga pernah menghasilkan dua buah album solo pada pertengahan *90 an sebelum beliau kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah...............