.:: ** Welcome To My Club , Gerbang Underground Malaya ** ::.

Monday, April 18, 2011

Karl Cromok - ""Shred It Back ""


Karl, sudah pasti anda mengenali nama ini yang telah berkecimpung dalam muzik metal bersama band CROMOK , sudah 15 tahun Cromok tidak merakamkan album baru. Anggota-anggota kumpulan thrash metal yang ditubuhkan di Sydney, Australia pada 1987 ini juga ramai yang menyepi begitu sahaja.

Namun, berlainan dengan gitaris Cromok, Karl yang meskipun sibuk dengan tugasan sehariannya sebagai Pengarah Pengiklanan di sebuah syarikat swasta, tetapi muzik sukar dilupakan.

Berbekalkan minat mendalam terhadap muzik, walaupun tanpa tiga anggota Cromok lain, gitaris berusia 45 tahun itu tampil menerusi album solo petikan gitarnya yang pertama berjudul Shred It Back, baru-baru ini.Beliau yang kuat dengan pengaruh gotaris rocks seperti Yngwie Malmsteen, Rhandy Rhodes dan Joe Satriani mengambil masa yang agak lama bagi menerbitkan Shred It Back biarpun tanpa anggota-anggota Cromok yang lain.



Ujar Karl segala-galanya bermula pada konsert Search di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang ditontonnya dua tahun lalu.

"Saya hadir menonton konsert itu. Seorang rakan baik Amy Search iaitu Ridwan memberi pendapat mengapa saya tidak berkerjasama dengan Amy. Selepas dua tahun barulah idea itu direalisasikan. Lagu Petanda itu asalnya dimuatkan dalam album single saya pada September 2010," ujar Karl.






Album terbitan Karl atau pemegang nama sebenar Khairul Anuar Shariff itu bukan setakat dijual di pasaran terbuka tetapi ia juga mendapat sambutan menggalakkan menerusi laman sosial Facebooknya di internet.

Shred It Back yang diedarkan sejak Februari lalu itu mula dijual di laman sosial Facebook Karl yang kini mempunyai pengikut sekitar 5,000 orang. Selain album Shred It Back turut disertakan ialah DVD rakaman persembahannya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Pakej album dan DVD rakaman persembahan itu dijual dengan harga RM55. DVD yang mempunyai lapan lagu itu dirakamkan secara live julung-julung kalinya pada persembahan bapa kepada dua anak ini.

Biarpun berteraskan muzik rock dengan petikan gitar dan solo yang adakalanya membingitkan tetapi kebanyakan lagu dalam album ini menampilkan melodi yang kuat.
Dengan adanya hampir 5,000 peminat di Facebook Karl berharap Shred It Back bukan sahaja mendapat sambutan daripada mereka. Malah, album yang juga akan diedarkan menerusi Rock Corner itu juga diharap menembusi pasaran arus perdana.Sambil menyifatkan album ini mempunyai kekuatan lagu-lagu dan melodinya yang tersendiri terutama lagu berkonsepkan slow rock, Petanda nyanyian Amy Search ia mampu menyerlahkan kredibiliti Karl sebagai salah seorang antara gitaris tempatan yang memang disegani ramai.

Lagu-lagu seperti Shred It Back, Magnificent dan Expression In K Minor mampu mengubat rindu para peminat Karl daripada album itu.
Karl itu turut menampilkan empat lagi lagu instrumental dalam versi extended solo guitar bagi memberi peluang para peminat memetik gitar mengikut alunan lagu-lagu tersebut.

"Banyak variasi yang dimuatkan dalam album ini. Bonus track sebanyak empat lagu itu bolehlah dianggap seperti karaoke gitar," katanya.

Ditanya mengapa dia menggunakan nama Cromok, Karl berkata, perkara itu sukar dielakkan kerana para peminat mengenalinya sebagai gitaris kumpulan itu.Malah, katanya pendekatan itu suatu perkara biasa kerana ia biasa digunakan oleh gitaris atau anggota-anggota kumpulan lain sama ada di Malaysia atau luar negara.

"Gabungan nama saya dan Cromok lebih sinonim bagi memudahkan para peminat mengenali saya. Ramai gitaris seperti Sham menggabungkan namanya dengan Kamikaze kerana dia bekas anggota kumpulan itu. Begitu juga dengan Shah Slam," jelasnya.Kombinasi lagu, instrumental dan karaoke gitar dalam album itu diterbitkan khusus untuk para peminat yang menggemari petikan gitar.

Karl menggunakan khidmat anggota-anggota kumpulan Nrocinu seperti Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) bagi menyempurnakan pembikinan albumnya itu.

Pada masa sama beliau salah seorang pemuzik yang ditaja oleh jenama gitar Haseesa dan TN Drums dari Korea yang turut dijual di negara ini.
Jika anda ingin mendapatkan album Shred It Back bolehlah melayari website Karl menerusi www.karlcromok.com

No comments:

Post a Comment